Posts

Showing posts from 2021
Image
Image

Koleksi Jam - Fossil

Image
Best juga Fossil ini sebab ada date!

Koleksi Jam - Jam Mechanical Pertama

Image
Made in Italy - Sapphire Glass, Mechanical Movement, Self-Wending... Berapa Jewel yek... kena check. Ini best gak le tapi sebab jenis see thru... yang ni susah sikit nak baca. Emilio Valentino...

Koleksi Jam - Torino Lamborghini

Image
Kalau kereta hebat gak. Ini antara jam favourite akulah.. tak jual ma, sebab susah nak dapat. Aku nak betulkan balik Luminious aje.

Koleksi Jam

Image
Manchester City Dari Senheng

Senarai Koleksi Jam

Image
ROLEX OLYSTERDATE TAHUN 1974 Beli sekitar tahun 2005. Harga pasaran RM20,000.

Grand Seiko SBGW231

Image

APA CERITA 2: IBNU ARABI

Siapa dia Ibnu Arabi Siapa yang pernah mengikuti cerita Turki yang bertajuk Ertugrul, dia akan mengenali siapa dia Ibnu Arabi seorang ahli tassauf yang hebat. Nama dia Muhyiddin Muhammad bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Abdullah Al-Hatimi, lahir di Murcia, Andalusia sekarang dikenali sebagai Sepanyol. Di Andalusi dia dikenali sebagai Ibnu Suraqah, sedangkan di bahagian Abasiyah dikenali sebagai Ibnu Arabi.

APA CERITA 1: QUEEN

In year 1551 he wrote, "There will be a twin year from which will arise a queen who will come from the east and who will spread a plague in the darkness night, a country with seven hills and will transform the twilight of men into dust, to destroy and ruin the world. It will be the end of the world economy as you know" - Nostradamus Cuba kita tafsir perkataan di atas. Ada satu tahun di mana ianya berkembar iaitu tahun 2020. Pada masa itu akan muncul "Queen" iaitu Corona, ia datang daripada sebelah timur iaitu China atau lebih tepat lagi Wuhan. Dari tempat situ akan tersebarlah satu wabak penyakit dalam satu hari yang sangat malang iaitu tersebarnya pada hari raya Cina, yang menjadi negara malang itu ialah Italy yang menyebabkan ramainya orang yang berjangkit dan mati dan memusnahkan dunia. Perkara ini akan menyebabkan ekonomi dunia musnah seperti yang kita tahu. Kata-kata Nostradamus pada tahun 1551. Ada beberapa perkara yang kita kena tahu. Virus Corona ...

SIRI NASIHAT 1: MAKSIAT ANGGOTA BADAN

Antara maksiat anggota badan ialah: Maksiat Perut Makan harta riba; Minum minuman yang memabukkan; Makan harta anak yatim; dan Dan semua makanan dan minuman yang diharamkan oleh Allah. Maksiat Lidah Mengumpat iaitu menceritakan tentang saudara sesama Islam mengenai perkara yang tidak disukai saudara tersebut walaupun ianya khabar yang benar; Mengadu domba; Berdusta; Mencaci maki; Mencela orang lain; dan Melaknat dan lain-lain. Maksiat Mata Melihat kepada wanita ajnabi (bukan mahram); Melihat aurat; Melihat orang Islam dengan pandangan menghina; Melihat ke dalam rumah seseorang tanpa izin pemiliknya; Maksiat Telinga Mendengar umpatan;dan Dan mendengar perkara yang diharamkan untuk mendengarnya; Maksiat Tangan Mengurangkan ukuran dan timbangan dalam jual beli; Melakukan khianat; Mencuri;dan Dan semua urusan yang diharamkan seperti membunuh dan memukul tanpa hak; Maksiat Kaki Berjalan menuju ke tem...

توليسن جاوي

الحمدالله برشكور

SEJARAH 11: AMALAN MISTIK DATANG DARI MANA

SIRI SEJARAH 10: PERADABAN ATLANTIS DAN LEMURIA

SIRI SEJARAH 9: KERAJAAN-KERJAAN MELAYU

KERAJAAN CHAMPA Antara kerajaan Melayu yang hebat ialah Champa dan orang Melayu tidak boleh lupakan. Negeri ini juga dikenali sebagai Indera Pura sekarang sudah menjadi Hanoi. Bangsa Melayu paling agong di dalam Alam Maritim sehingga dahulunya Laut Cina Selatan dinamakan Laut Champa. Semuanya telah ditutup sehingga perkataan Champa tidak dibenarkan diucapkan di Vietnam. Antara negara yang Mongol tidak berjaya takluk ialah Champa dipertahankan oleh Orang-orang Melayu. Dalam Sejarah Mongol 3 Kerajaan yang mengalahkan mereka ialah, Champa, Majapahit dan Mesir dan 2 darinya ialah bangsa Melayu. Di sana terdapat satu bandar yang dinamakan Konturah (kini dinamakan sebagai Can Tho) iaitu nama Isteri Nabi Ibrahim yang ke 3 dan inilah susur galur orang-orang Melayu. Inilah kerajaan yang menceritakan kehebatan Siti Zubaidah. KERAJAAN PATTANI Langkasuka.

SIRI SEJARAH 8: BANGSA MALA

Bangsa Mala keturunan Nabi Ibrahim. Nabi Sulaiman A.S adalah anak kepada Nabi Daud A.S. Pusat pemerintahannya adalah di Baitulmuqaddis di Palestin dimana Istananya yang dinamakan Solomon Tample berada di berdekatan Masjid Al-Aqsa. Nabi Sulaiman A.S. memerintah pada tahun 989-931 SM kira-kira 200 tahun sebelum kerajaan Melayu Kedah Tua wujud di Sungai Tua

CERITA 2: Blockade of Quedah

Image
Ini bukti Melayu ada jati diri, bukan malas. Selamat membaca... Click me! Ini test dulu

SIRI HIKAYAT 2: SEJARAH MELAYU (SALATUS SALATIN)

Image
Penaklukan Iskandar Zulkarnain ke atas Raja Kida Hindi A'lam ketahui olehmu, kepada zaman dahulukala, dan pada masa yang telah lalu, kata yang empunya ceritera, bahawa Raja Iskandar, anak Raja Darab, Rom bangsanya, Makaduniah nama negerinya, Zul-Karnain gelarannya; sekali persetua baginda berjalan hendak melihat matahari terbit, maka baginda sampai pada suatu bi'at, negeri Hindi. Maka ada seorang raja di tanah Hindi, terlalu besar kerajaannya, setengah negeri Hindi itu dalam tangannya; namanya Raja Kida Hindi. Setelah ia mendengar Raja Iskandar datang, maka Raja Kida Hindi pun menyuruhkan Perdana Menteri mengumpulkan segala rakyat dan raja-raja yang takluk kepadanya. Setelah sudah kampung semuanya, maka dikeluarinyalah oleh Raja Kida Hindi akan Raja Iskandar; maka setelah bertemulah segala rakyat antara kedua pihak itu, lalu berperanglah, terlalu ramai seperti yang dalam Hikayat Iskandar itu. Maka alahlah Raja Kida Hindi itu oleh Raja Iskandar, ditangkap baginda dengan hidupny...

SIRI SEJARAH 7: ILLUMINATI DAN FREEMASON

Pengaruh Freemason di Malaysia bermula sejak tahun 1511 selepas Portugis berjaya menawan Melaka dan selepas itu, Melaka jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dengan bantuan kerajaan Melayu Johor. Seterusnya disambung oleh British pada tahun 1824 dalam Perjanjian Inggeris-Belanda sehingga Malaysia merdeka tahun 1957. Inggeris hanya memberi kemerdekaan kepada Malaysia setelah memastikan gerakan Freemason telah berjaya mempengaruhi Malaysia. Ini boleh disimpulkan apabila kuasa agama hanya terbatas kepada upacara ritual sahaja dan pengamalan adat Islam itu dianggapa lapuk.

CERITA 1: SIAPA LEBIH BIJAK?

Pada zaman dahulu, ada seorang pengembara bernama Mat Lawi. Pada suatu hari, dia tiba di Kampung Manggis. Di kampung itu ada dua orang pemuda nakal bernama Hasan dan Husin. Mereka berkawan baik. "Itu nampaknya orang luar. Mari kita kenakan dia.", kata Hasan apabila ternampak Mat Lawi. ...bersambung.

SIRI SEJARAH 6: MELAYU ITU ISLAM

Hikayat dan kronik-kronik Melayu yang mencatatkan mengenai kemasukan Islam dan peng-Islaman Raja-raja Melayu menyatakan orang Melayu menerima Islam dari Arab, di mana terdapat Sheikh, Maulana, Sayyid atau Wali Allah dari Arab telah meng-Islamkan Raja-raja Melayu. Misalnya, Syarif Makkah dikatakan telah mengirimkan Sheikh Ismail dari Makkah ke Samudera Pasai untuk menyebarkan Islam, sebelum beliau mempengaruhi Raja Malabar, Sultan Muhammad (seorang Arab keturunan Saidina Abu Bakar as-Siddiq) untuk berdakwah di Nusantara yang kemudiannya bergelar Fakir Muhammad. Hal yang sama juga dialami oleh Parameswara yang didatangi oleh Syed Abdul Aziz dari Jeddah ketika proses peng-Islaman Melaka. Sumber dari Salatus Salatin dan Hikayat Raja Pasai Ini dua sumber yang penulis bersetuju dengan teori ini. Apa yang dapat disimpulkan dari pembacaan dan kajian penulis, Islamnya orang-orang Melayu itu sendiri ada hadis yang tidak tahu dari sumbernya yang menyuruh penyebaran Islam ke tanah Melayu kera...

SIRI HIKAYAT 1: RAJA PASAI

Image
Riwayat ini telah di ceritakan pada Isnin dua puluh tujuh Muharram, abad yang ketujuh hijrah (enam ratus satu (601) hingga tujuh ratus (700), hijrah). Dan dibukukan pada 1230 Hijrah. Ini bermakna Islam telah sampai seawal abad ke 7. Manuskrip Melayu ini yang paling tua pernah dicatatkan. Mungkin ada lagi yang belum dijumpai. Alkisah peri mengatakan cerita raja yang pertama masuk ugama islam ini Pasai. Maka ada diceritakan oleh orang yang empunya cerita ini. Negeri yang dibawah angin ini Pasailah yang pertama membawa iman akan Allah dan akan Rasulullah. Maka ada raja dua bersaudara seorang namanya Raja Ahmad dan seorang namanya Raja Muhammad.

SIRI SEJARAH 5: MELAYU

Melayu itu orang yang bijaksana Nakalnya bersulam jenaka Budi bahasanya tidak terkira Kurang ajarnya tetap santun Jika menipu pun masih bersopan Bila mengampu bijak beralas tangan Melayu itu berani jika bersalah Kecut takut kerana benar Janji simpan diperut Selalu pecah di mulut Biar mati adat Jangan mati anak

SIRI SEJARAH 4: GOLD, GLORY AND GOSPEL

Image
Mitos salah mengatakan kalau tidak ada Cina mana kita boleh hidup? Bacalah sejarah. Tetapi sayangnya, sejarah kita ditulis oleh Orientalis yang menginginkan kita mempercayainya. Kita perlu kaji sendiri. Cuba kita lihat, hari ini pada tahun 2021 ini, kita hanya merdeka sejak tahun 1957 iaitu selama 64 tahun, bagaimana kita, orang-orang Melayu berkembang dari kemunduran kepada apa yang kita mula kecapi pada waktu ini dalam masa kurang dari 100 tahun. Berbanding dengan penjajah telah menjajah orang Melayu selama empat ratus, empat puluh empat tahun (444). Terlalu lama kita di bawah telunjuk penjajah, sehingga pemikiran dan sejarah kita telah diselewengkan, sehingga memaksa kita memikirkan kelemahan bangsa Melayu ini. Sering kali kita didengarkan dengan kata Melayu itu lemah, Melayu itu mudah lupa, dan sebagainya. Adakah benar begitu? Bermula daripada Portugis datang menjajah kita selama 150 tahun sejak tahun 1511, kemudian diikuti dengan Belanda selama 180 tahun dan British selama 114...

SIRI SEJARAH 3: PELABUHAN MELAKA SALAH SATU DARI 3 PELABUHAN TERSIBUK DIDUNIA

Image
Melaka Darul Azim (Gelaran masa itu) "Kota ini adalah sumber yang paling besar kepada rempah-rempah, ubat-ubatan dan kekayaan di seluruh dunia. Kota ini dihuni oleh peniaga-peniaga yang paling kaya, ia wujud di atas manfaat perdagangan dan kebanyakan pedagang di sini adalah orang-orang Islam. Di situ terdapat orang-orang Gujerat,Tamil dan Bengali daripada India, berniaga dengan orang Melayu, Cina dan Arab secara harmonis. Bandaraya dengan jumlah penduduk 100,000 orang dan bertutur dalam 84 bahasa. Di situ terdapat Sultan yang memerintah telah memastikan keselamatan Selat Melaka daripada lanun, dan barang-barangan dapat disimpan dalam ratusan gudang-gudang dengan selamat. Jika ada sebarang pertelingkahan, undang-undang yang berwibawa dilaksanakan ke atas orang tempatan dan orang asing seadilnya (menggunakan Kanun Melaka yang mempunyai 44 fasal yang semua itu dalam tulisan jawi). Melalui Melaka, mereka mampu untuk berdagang di pelbagai tempat. Dan tanpa Melaka, mereka tidak boleh ...

SIRI SEJARAH 2: MELAYU, BANGSA ATAU TAMADUN?

Image
"Tidak Melayu Hilang Di Dunia", kata-kata Hang Tuah, Laksamana Melaka Adakah Melayu itu bangsa atau tamadun? Jika kamu ingin mengetahui tamadun sesebuah bangsa, kamu kaji sastera mereka. Gambaran ilustrasi Tamadun Atlantis 11,000 tahun dahulu, sebelum Gunung Berapi Karakatau meletus, yang menenggelamkan kota ini sepenuhnya dalam masa satu hari satu malam, kota ini adalah yang paling maju pada zamannya. Mungkin semaju atau lebih maju dari zaman moden pada hari ini. Kota ini dikenali sebagai Atlantis. Kota Atlantis diceritakan secara terperinci oleh Plato di dalam bukunya Claritus. Sekiranya dilukis kembali apa yang Plato ucapkan dengan suasana dan cuaca kota ini, pasti letaknya di Nusantara, iaitu di Kalimantan pada hari ini. Penduduknya dikatakan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pembinaan kapal-kapal laut dan pelayar yang mahir dan mempunyai teknologi laut yang tinggi. Tidak hairanlah dengan banyaknya pulau di kawasan ini, kemahiran dengan keadaan laut masih lagi di...

SIRI SEJARAH 1: SEMENANJUNG EMAS

Image
Lakaran peta dikatakan Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 150 sebelum Masihi oleh ahli geografi Yunani yang bernama Claudius Plotemy. Dahulunya kawasan ini dikenali sebagai Chersonesus Aurea, atau Semenanjung Emas. Ia menggambarkan tanah kita kaya dengan hasil bumi & memilik sejarah peradaban yang istimewa. Burung Cenderawasih ini juga dikenali sebagai "Bird of Paradise" iaitu burung syurga, kerana mengikut tanggapan orang di negeri atas angin, kawasan Tanah Melayu inilah Syurga yang didalam kepercayaan mereka. Di dalam kitab mereka, Gunung Ledang inilah yang dikatakan sebagai Gunung Ophir yang ditulis di dalam Bible. Gunung dimana Nabi Sulaiman A.S. menghantar jin untuk mengambil emas daripada "Mount Ophir". From אוֹפִיר transliterated to 'Owphiyr, or pronounced as ō·fēr, a Hebrew personal name and in reference to the biblical land of Ophir from which King Solomon obtained gold, precious gems and ivory for the Jewish Temple in Jerusalem. Mereka percaya, ...

SIRI SAINS 1: GENETIK

Image
Kita perlu berzikir dan berdoa seperti para sahabat, mereka memohon bantuan Allah untuk kemenangan Islam bukan berdoa untuk memohon ampun semata "Jika kamu hendak membunuh sesebuah negara, racunlah pemuda-pemudanya". Genetik merupakan cabang dari pengetahuan biologi mengenai ilmu mengenai GENE, kepelbagaian GENE dan keturunan di dalam organisma. GENE tediri daripada DNA. Sebilangan GENE bertindak sebagai petunjuk atau pengarah untuk membuat molekul-molekul yang dipanggil protin. Walaupun demikian kebanyakan GENE tidak dikod sebagai protin. Di dalam badan manusia, terdapat 20,000 sehingga 25,000 GENE di mana koleksi gene ini dipanggil sebagai GENOME. Dari ADAM dan HAWA melahirkan keturunan-keturunan ada lelaki dan ada wanita

EDISI BIASA:#1 Cerita Bermula Apabila Meteor Melanggar KUALA LUMPUR

Image
"Pada kami penyakit ini dipanggil separuh mati, ia adalah gurauan yang melampau". Apa ke tidaknya, kami boleh makan bersama-sama ketika direstoran, tapi dalam masa yang sama kami tidak boleh merapatkan barisan kami semasa bersolat berjemaah walaupun kami memakai pelitup muka. Ini adalah gurauan paling handal pernah kami hadapi. Mereka melakukan dengan baik. "Kamu bergerak terlampau lambat!", "Kamu berkelakuan serba tidak kena", "Sangat kurang berakal!", "Kami rasanya tidak menganggap kamu sebagai cabaran. Ya mengapa kami perlu takut!"

EDISI BIASA: #1: Berakhirnya Keturunan Melayu

Image
"Kalau kita hendak menghapuskan sesuatu bangsa, racunlah sejarahnya", kata Professor Dr Rohaida, Pensyarah UPM. Melayu itu apa? Melayu itu didefinasikan. Termaktub di dalam perlembagaan negeri yang kaya dengan hasil dari perut buminya. Semenanjung yang dahulunya penuh dengan emas dahulunya dipanggil "Chersonesus Aurea" dalam bahasa Greek. Bumi di mana mitos bermula tempat tinggal Adam dan Hawa. Bumi Atlantis dan Lamuria. Sehingga datang dari seluruh manusia berbagai bangsa di pelusuk dunia, ingin berniaga barangan mereka. Mereka bertutur dengan bahasa yang mudah dipelajari bagi mereka yang inginkan ilmu.Sehingga semuanya berkomunikasi melaluinya bahasa itu sehingga dikenali sebagai "Lingua Franca". Tetapi bahasa ini sangat sukar untuk difahami oleh mereka yang membencinya. Walaupun hidup beribu tahun di dalamnya. Sedangkan mereka yang baru singgah untuk bekerja, pandai bertutur dengan lancar semasa berniaga. Tidak Hilang Melayu Di Dunia, kata-kata keram...

EDISI: BIASA - BILAKAH INI TERJADI

Image
Dan Apabila penyakit Wahan telah meresapi manusia. Apakah itu Wahan? Sukakan dunia dan takutkan mati. Dan ia bermula di Wuhan

Kita perlu tutup rahsia ini

Image
Jangkitan ini merebak dengan cepat digelombang ketiga dan keempat. Hari-hari beribu sedang dijangkiti. "Sama cepatnya seperti semalam". "Jadi! Kuala Lumpur telah pun lumpuh". "Semuanya telah terkena dari Utara hingga ke Selatan". "Sekeliling Penang. Sekarang dari Ipoh pula...errr". Bizz, buzz.. "Siapakah kalian yang sedang berbogel!". "Kita perlu lakukan ini setiap hari dan setiap malam". "Mari kita pakai pakaian mereka". "Kita perlu menutup rahsia ini supaya penyamaran kita tidak diketahui". Wanita berpakaian lelaki. Seolah pegawai kerajaan yang mengambil kerja mereka. Adakah mereka tidak mampu membuat kerja mereka. Bahkan tidak kerana mereka sukakan rasuah!.

Adakah kita sudah diluar kawalan

Image
Ramai ya yang dijangkiti!. Kenyataannya pada hari ini 14 March 2021, 322,409 telah dijangkiti dan telah menjadi zombie. 1,206 orang telah syahid terkorban. 304,492 mereka telah pulih!. Adakah mereka pulih atau didalam badan mereka sudah ada tanda!. "Oh kami telah lakukan terlampau banyak kepada mereka!" kata Orang Asing. Semuanya telah berubah sekarang. Ini norma baharu. Norma lama jangan diingat kembali. Kita perlu menjauhinya. Jangan dijangkiti.

Perang!

Image
Perang!, Ini adalah perang sebenar. Perang yang tidak kelihatan. Kami menjadi zombie semuanya. Tangan kami bagai digari. Apabila seekor naga membaham negeri-negeri kami yang lapan. Perlis, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Mana Penang, Mana Melaka, Mana Singapura. Jauh sekali Sabah dan Sarawak. Itu bukan negeri kami. Bahkan mereka hanya menyertai kami. Virus ini dari naga ... oh bukan bahkan virus ini dari Kelawar. Barisan hadapan kami adalah polis telah menjadi zombie. Mengapa Polis China berbintang satu membelakangi kami. Oh tidak doktor kami yang kami puji pun telah menjadi zombie. Anak lelakiku!. Anak perempuanku! Mengapa isteriku terlintuk!. Bahkan bomba dihina!

SIRI 2: Oh rupanya aku sedang bermimpi!

Image
"Bangun!, Bangun!"... "Oh! Aku sedang bermimpi!". "Oh! Ini masanya kembali!" Aku kembali di dunia nyata. Kecantikan alam ini. Kehijauan pohon dimalam yang aman. Rumah yang tersergam indah. Besar dan selesa. Bukankah itu idaman semua manusia. Mempunyai kebun yang cantik dengan adanya sungai yang mengalir dan memiliki rumah yang cantik, empuk dan selesa. Syukur Alhamdulillah. "Kembali ke jambatan". Dunia adalah jambatan ke akhirat. Dunia adalah ujian. Kami datang untuk berperang. Berperang dengan siapa? Berperang dengan musuh sebenar kami! Adakah kamu lupa siapakah yang mengheret kami ke sini. Kami tidak lupa wahai tangan ghaib!. Kami tidak lupa wahai makhluk halus, makhluk yang berani masuk melalui saluran darah kami. Yang menghembuskan bisikan jahatmu ke dalam hati nurani kami. Daripada Jin dan Manusia. Seperti syaitan yang merayu kami dibuai kemewahan. "Kembali kepada peperangan!".

SIRI 2: Apabila nyawa seperti telur dihujung tanduk

Image
Dahulu kamu ramai kawan, kehidupan kamu dikelilingi kemewahan. Ramai ingin membantumu. "Kami akan sentiasa mengambil berat kehidupan kamu!". "Kami akan sentiasa menjaga kamu!". Tetapi hakikatnya, kamu tidak tahu menjaga dirimu sendiri. Kamu sudah tidak ada lagi tempat bergantung. Apabila ulat mula memakan isi daging kamu. Apabila Pendengaran, Penglihatan, dan Mulut kamu ditutup. Hancur berkecai sehingga tidak kelihatan. Di dalam kegelapan yang lebih gelap dari malam. Dari kedalaman lubang yang lebih dalam dari perigi. Adakah kamu ingin menangis. Menangis darah sudah tidak berguna lagi.

SIRI2: Kekalutan telah bermula...

Image
EPISOD 1: Bab2 Apabila kebendaan menjadi asas kehidupan. Manusia mula lalai dengan harta dan wang ringgit sehingga sanggup melakukannya. Manusia telah dilalaikan dengan perhiasan. Dunia diibaratkan seperti seorang tua yang telah terlampau tua. Kelihatan masih berkeinginan memakai gelang yang diperbuat daripada emas. Bukan satu, bahkan dua. Perempuan kereput persis seperti dunia ini, seperti syaitan, memujuk dan merayu manusia yang mempunyai berhawa nafsu yang tinggi dengan memberikan perhiasan seperti mutiara dan permata. Dipujinya kecantikannya seperti bidadari dengan rambut yang ikal mayang diikat molek. "Jangan risau, aku telah memberimu terlalu banyak pemberian...". Tidak perlu engkau tutup rambutmu yang cantik kerana "Jangan risau, aku akan sentiasa bersamamu..".

SIRI 2: BERMULANYA CERITA

Image
EPISOD 1: BAB 1: Bermulanya cerita apabila rakyat bukan negeri di bawah angin dan bukan pula negeri di atas angin, mula mengamuk. Sempadan pagar kesabaran mereka telah dilepasi. Siapa sahaja ditariknya. Tidak kira anak atau isteri. Adakah engkau telah lupa perjanjianmu! Telah tidak berguna emas dan perak. Rakyat di negeri semenanjung emas ini menjerit-jerit dengan berkata, "Aku lapar dan dahaga!", "Aku tidak ada pekerjaan", "Aku tidak boleh hanya duduk dirumah sahaja", "Adakah engkau sahaja mahu hidup bukan kami!". Apa tidaknya mereka menjerit dan mengigit, sebab mereka telah mula hilang mata pencarian. Walaupun pemberian dari simpanan mereka tidak seberapa, penyakit ini telah menyaksikan ujian dari Allah untuk menduga mereka. "Adakah kamu boleh mengatakan kamu beriman sedangkan kamu belum diuji". "Katakanlah kamu hanyalah orang-orang Islam".
Dengan nama Allah yang Amat Pemurah lagi Amat Pengasih. Segala puji bagi Allah Ta'ala, tuhan yang menjadikan ia akan jin dan manusia, supaya mengerjakan mereka itu akan ibadah, lagi yang sangat mengetahui ia akan yang tersembunyi di dalam dada dan segala mata yang khianat dan lagi akan bertanya ia daripada pendengaran dan penglihatan dan hati dan lainnya pada hari kiamat. Dan selawat dan salam adalah keduanya bagi nabi yang dibangkitkan kepada sekelian alam kerana rahmat yang bersabda ia: "Bahawasanya Allah Ta'ala tiada menilik ia kepada rupa kamu dan tetapi menilik ia kepada segala hati kamu", dan atas sekelian keluarganya dan sahabatnya yang membersihkan mereka itu akan segala hati mereka itu darpada sifat kecelaan.

Coronavirus Menyerang Manusia Pada Tahun 2019

Coronavirus ialah nama yang diberikan kepada satu makhluk halus yang dikenali sebagai virus. Virus jenis ini telah lama dijumpai cumanya virus ini memberikan kesan yang sangat besar kepada kehidupan manusia sejak ia menyerang manusia pada akhir tahun 2019. Secara spesifiknya virus ini dikenali dengan nama Covid19. Covid19 ini telah mula menyerang manusia sejak ia dijumpai pada bulan Disember 2019. Pada masa artikel ini ditulis virus ini telah merebak kepada berpuluh-puluh juta manusia serta membunuh dari kalangan mereka sebanyak berjuta manusia. Ini memangnya sangat dahsyat. Bukan sahaja ia menyebabkan masalah kepada kesihatan manusia bahkan ia menyebabkan lumpuh ekonomi negara-negara di dunia ini.