Dengan nama Allah yang Amat Pemurah lagi Amat Pengasih. Segala puji bagi Allah Ta'ala, tuhan yang menjadikan ia akan jin dan manusia, supaya mengerjakan mereka itu akan ibadah, lagi yang sangat mengetahui ia akan yang tersembunyi di dalam dada dan segala mata yang khianat dan lagi akan bertanya ia daripada pendengaran dan penglihatan dan hati dan lainnya pada hari kiamat. Dan selawat dan salam adalah keduanya bagi nabi yang dibangkitkan kepada sekelian alam kerana rahmat yang bersabda ia: "Bahawasanya Allah Ta'ala tiada menilik ia kepada rupa kamu dan tetapi menilik ia kepada segala hati kamu", dan atas sekelian keluarganya dan sahabatnya yang membersihkan mereka itu akan segala hati mereka itu darpada sifat kecelaan.

Comments

Popular posts from this blog

Ilmu Lipat Bumi

SIRI SEJARAH 4: GOLD, GLORY AND GOSPEL

MALAYSIA MASA DEPAN