Siapakah Bangsa Melayu?
Sebenarnya sejarah Bangsa Melayu ini adalah antara rumpun tamadun yang cuba diselewengkan sehingga banyak kekeliruan tentangnya sehingga hari ini. Untuk mengetahuinya maka perlu kita sendiri mengkajinya dengan penuh teliti supaya kita dapat peroleh sejarah yang tepat. Kesan-kesan adat istiadat, cara hidup, peninggalan lama dan rasa hati orang melayu merupakan faktor utama untuk menjejaki sejarah yang telah hilang atau diselewengkan selama ini. Sebagai permulaan baiklah dikaji mengapa kesan-kesan Parsi terlalu banyak atau telah sebati dengan orang-orang Melayu. Contohnya orang Melayu pakai songkok, berzanji, baca yasin pada malam Jumaat dan sebagainya. Maka sudah tentulah kesan-kesan Parsi telah lama meresap dan sejati di dalam hidup orang Melayu. Sumber sejarah Melayu tidak dapat lari daripada naskhah yang ada di masyarakat Melayu seperti Salatus Salatin, Hikayat Merong Mahawangsa, dan sebagainya. Tidak dapat tidak kita mesti mengenal siapa itu Raja Suran seperti dikatakan di dalam S...