SIRI SEJARAH 2: MELAYU, BANGSA ATAU TAMADUN?
"Tidak Melayu Hilang Di Dunia", kata-kata Hang Tuah, Laksamana Melaka
Adakah Melayu itu bangsa atau tamadun? Jika kamu ingin mengetahui tamadun sesebuah bangsa, kamu kaji sastera mereka.
Gambaran ilustrasi Tamadun Atlantis
11,000 tahun dahulu, sebelum Gunung Berapi Karakatau meletus, yang menenggelamkan kota ini sepenuhnya dalam masa satu hari satu malam, kota ini adalah yang paling maju pada zamannya. Mungkin semaju atau lebih maju dari zaman moden pada hari ini. Kota ini dikenali sebagai Atlantis. Kota Atlantis diceritakan secara terperinci oleh Plato di dalam bukunya Claritus. Sekiranya dilukis kembali apa yang Plato ucapkan dengan suasana dan cuaca kota ini, pasti letaknya di Nusantara, iaitu di Kalimantan pada hari ini. Penduduknya dikatakan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pembinaan kapal-kapal laut dan pelayar yang mahir dan mempunyai teknologi laut yang tinggi. Tidak hairanlah dengan banyaknya pulau di kawasan ini, kemahiran dengan keadaan laut masih lagi dimiliki oleh orang-orang tua kita pada hari ini. Pada zaman dahulu Nusantara dikenali sebagai Pentas Sunda. Disini tamadun menanam padi dimulakan di dunia pada ketika itu tiada lagi manusia menanam padi.
"Orang di Semenanjung Tanah Melayu adalah golongan pertama menanam padi di muka bumi ini iaitu 9000 tahun sebelum masihi" - pendapat Stephen Oppenheimer dalam bukunya Eden in The East.
Cuba kita perhatikan catatan-catatan berikut yang menceritakan sejarah orang Melayu dari pandangan penulis-penulis barat.
"Sultan dan penduduk asal beragama Islam. Terdapat istana - istana yang indah. Orang-orang Melayu berkulit gelap. Bahasa mereka menyenangkan dan mudah dipelajari. Mereka sopan, gagah dan berterampilan rapi. Mereka sangat menyukai muzik, dan lelaki dan wanita hidup dalam keadaan gembira" - Catatan Damiam De Goes.
Ini menunjukkan tamadun orang Melayu memang sangat tinggi dan kehidupan mereka adalah kehidupan yang teratur sebelum dijajah. Walaupun setelah tenggelamnya Atlantis, Nusantara bangun kembali sehingga zaman kegemilangan Melaka menjadi salah sebuah pelabuhan tersibuk di dunia dengan keperluan mengaturkan pemunggahan keluar dan masuk kapal sehingga sebanyak 2,000 buah kapal sehari. Ini samalah pada zaman moden ini bersamaan sesibuk Pelabuhan Singapura. Sekiranya dinilai dari segi zaman dahulu dengan 2,000 buah kapal sehari dengan 2,000 buah kapal sehari di Singapura, tentulah melihatkan Melaka tersangat maju pada zamannya. Sehingga dikatakan kawasan terkaya didunia. Semua itu diuruskan sendiri oleh anak bangsanya iaitu Orang-orang Melayu.
PARAMESWARA itu sebenarnya bukanlah nama raja Melaka, tetapi ia adalah gelaran yang memberi maksud Maharaja. "PARA" bermakna "Raja" dan "MESWARA" bermakna "SEGALA RAJA" jadi "PARAMESWARA" itu bermakna "Raja segala raja-raja" ataupun erti lain "Maharaja". Dan "Melayu" itu sebenarnya bermaksud "Menyerah diri" atau dalam bahasa arabnya "Islam". Itulah sebab orang Melayu mesti beragama Islam dan sekiranya mereka bukan beragama Islam maka mereka bukanlah orang Melayu walaupun rupa parasnya kelihatan seperti orang-orang Melayu. Ini yang kita tidak faham apa maksud kata-kata Hang Tuah, "Tidak Hilang Melayu di Dunia" maksudnya "Tidak akan hilang Islam di dunia" kerana Allah yang akan sentiasa menjaganya.
MELAYU
Persoalan di sini ialah, siapa itu Melayu dan dari mana dia datang? Menurut kajian terkini oleh Ketua Penyelidik Arkeologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr. Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman menyatakan bahawa data arkeologi yang diperolehi di Semenanjung Malaysia dan Sarawak "... menunjukkan rumpun Melayu adalah penduduk asal bumi Malaysia sejak lebih 40,000 tahun lalu dan bukan berhijrah ke sini dari Tanah Besar di Utara."
Profesor Dr. Stephen Oppenheimer dari University of Oxford, United Kingdom pula menyatakan bahawa melalui penemuan yang diperoleh dari kaum-kaum Orang Asli yang terdapat di Nusantara dan juga di Australia hingga ke Hawaii, beliau dapat membuktikan kaitan mf DNA serta struktur gigi antara golongan awal dan golongan terkemudian. Melalui menemuan ini, maka diperjelaskan bahawa "...penghijrahan manusia berlaku adalah dari daratan Sunda ke kawasan persekitarannya hingga ke utara dam selatan dan bukan sebaliknya." Kerajaan terawal seperti Langkasuka telah pun bertamadun sejak 400 tahun Sebelum Masihi.
Comments
Post a Comment