SIRI NASIHAT 1: MAKSIAT ANGGOTA BADAN

Antara maksiat anggota badan ialah:

Maksiat Perut

  1. Makan harta riba;
  2. Minum minuman yang memabukkan;
  3. Makan harta anak yatim; dan
  4. Dan semua makanan dan minuman yang diharamkan oleh Allah.

Maksiat Lidah

  1. Mengumpat iaitu menceritakan tentang saudara sesama Islam mengenai perkara yang tidak disukai saudara tersebut walaupun ianya khabar yang benar;
  2. Mengadu domba;
  3. Berdusta;
  4. Mencaci maki;
  5. Mencela orang lain; dan
  6. Melaknat dan lain-lain.

Maksiat Mata

  1. Melihat kepada wanita ajnabi (bukan mahram);
  2. Melihat aurat;
  3. Melihat orang Islam dengan pandangan menghina;
  4. Melihat ke dalam rumah seseorang tanpa izin pemiliknya;

Maksiat Telinga

  1. Mendengar umpatan;dan
  2. Dan mendengar perkara yang diharamkan untuk mendengarnya;

Maksiat Tangan

  1. Mengurangkan ukuran dan timbangan dalam jual beli;
  2. Melakukan khianat;
  3. Mencuri;dan
  4. Dan semua urusan yang diharamkan seperti membunuh dan memukul tanpa hak;

Maksiat Kaki

  1. Berjalan menuju ke tempat penguasa dengan hasrat menjatuhkan orang Islam atau membunuhnya atau memudaratkannya tanpa hak;dan
  2. Berjalan ke tempat yang diharamkan berada di sana;

Maksiat Kemaluan

  1. Berzina;
  2. Liwat;
  3. Mengeluarkan air mani menggunakan tangan;dan
  4. Dan perkara-perkara yang berkaitan dengan maksiat kemaluan;

Maksiat Badan

  1. Menderhakai kedua-dua ibu bapa;
  2. Lari dari medan peperangan dan ini termasuk dalam dosa yang besar;dan
  3. Dan selainnya seperti memutuskan tali persaudaraaan, dan menzalimi manusia;

Comments

Popular posts from this blog

Ilmu Lipat Bumi

SIRI SEJARAH 4: GOLD, GLORY AND GOSPEL

MALAYSIA MASA DEPAN