Posts

Showing posts from June, 2017

Pemimpin yang kuat

Kita memerlukan seorang pemimpin yang kuat. Dengan adanya pemimpin yang kuat, sesebuah negara akan cepat menuju kepada negara yang berjaya. Apakah maksud negara yang berjaya? Sudah tentulah sesiapa yang tinggal di dalam nya berasa selesa dan gembira. Apakah sekiranya kita merasa tersepit dengan pelbagai masalah seperti jenayah yang tinggi, barang makanan  dan tempat tinggal yang tidak mampu dimiliki , tidak cukup keperluan seharian dan sebagai nya berasa gembira dan selesa? Sudah tentulah tidak. Pendidikan, Kesihatan dan Keselamatan adalah keperluan asas kepada manusia yang sempurna. Tamadun manusia bertambah maju disebabkan ilmu yang mereka ada. Menerusi pendidikan manusia akan mendapat ilmu dan tanpa pendidikan manusia tidak bertamadun. Menerusi ilmu inilah manusia dapat menilai yang baik dan yang buruk. Dengan ilmu manusia dapat memperbaiki kesihatan, cara hidup dan keselamatan mereka.

Ramadan

Tinggal beberapa hari lagi Ramdan akan meninggalkan kita. Apakah perasaan kita? Apakah kita telah mencapai objektif kita pada tahun ini? Tadarus al-quran sudah berapa kali dikhatamkan? Bangun malamnya, sudah berapa kali dilakukan?,