Penaklukan Iskandar Zulkarnain ke atas Raja Kida Hindi A'lam ketahui olehmu, kepada zaman dahulukala, dan pada masa yang telah lalu, kata yang empunya ceritera, bahawa Raja Iskandar, anak Raja Darab, Rom bangsanya, Makaduniah nama negerinya, Zul-Karnain gelarannya; sekali persetua baginda berjalan hendak melihat matahari terbit, maka baginda sampai pada suatu bi'at, negeri Hindi. Maka ada seorang raja di tanah Hindi, terlalu besar kerajaannya, setengah negeri Hindi itu dalam tangannya; namanya Raja Kida Hindi. Setelah ia mendengar Raja Iskandar datang, maka Raja Kida Hindi pun menyuruhkan Perdana Menteri mengumpulkan segala rakyat dan raja-raja yang takluk kepadanya. Setelah sudah kampung semuanya, maka dikeluarinyalah oleh Raja Kida Hindi akan Raja Iskandar; maka setelah bertemulah segala rakyat antara kedua pihak itu, lalu berperanglah, terlalu ramai seperti yang dalam Hikayat Iskandar itu. Maka alahlah Raja Kida Hindi itu oleh Raja Iskandar, ditangkap baginda dengan hidupny...