EDISI BIASA: #1: Berakhirnya Keturunan Melayu
"Kalau kita hendak menghapuskan sesuatu bangsa, racunlah sejarahnya", kata Professor Dr Rohaida, Pensyarah UPM.
Melayu itu apa? Melayu itu didefinasikan. Termaktub di dalam perlembagaan negeri yang kaya dengan hasil dari perut buminya. Semenanjung yang dahulunya penuh dengan emas dahulunya dipanggil "Chersonesus Aurea" dalam bahasa Greek. Bumi di mana mitos bermula tempat tinggal Adam dan Hawa. Bumi Atlantis dan Lamuria. Sehingga datang dari seluruh manusia berbagai bangsa di pelusuk dunia, ingin berniaga barangan mereka. Mereka bertutur dengan bahasa yang mudah dipelajari bagi mereka yang inginkan ilmu.Sehingga semuanya berkomunikasi melaluinya bahasa itu sehingga dikenali sebagai "Lingua Franca". Tetapi bahasa ini sangat sukar untuk difahami oleh mereka yang membencinya. Walaupun hidup beribu tahun di dalamnya. Sedangkan mereka yang baru singgah untuk bekerja, pandai bertutur dengan lancar semasa berniaga. Tidak Hilang Melayu Di Dunia, kata-kata keramat datangnya dari Laksamana. Adakah berakhirnya keturunan Melayu? Tetapi mereka tidak berani meramalkannya. Sebab apa? Adakah pohon kurma melambangkan Melayu. Tidak!. Bahkan ia melambangkan bangsa Arab. Ya, mereka sudah membinasakan mereka. Lihat sahaja apa sedang berlaku di Syam!. Apa akan berlaku di Yaman!. di Libya!. Sekarang mereka mengintai Nusantara. Mengapa mereka mengintainya? Kerana hati-hati mereka disatukan. Dengan Adat Melayu. Sehingga mereka berkata "Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat". Adat yang bagai mana? Adat yang berteraskan syariat. Seperti mana pesanan rasulnya "Sekiranya Fatimah mencuri, akan aku potong tanyanya".

Comments
Post a Comment