SIRI SEJARAH 3: PELABUHAN MELAKA SALAH SATU DARI 3 PELABUHAN TERSIBUK DIDUNIA

Melaka Darul Azim (Gelaran masa itu)

"Kota ini adalah sumber yang paling besar kepada rempah-rempah, ubat-ubatan dan kekayaan di seluruh dunia. Kota ini dihuni oleh peniaga-peniaga yang paling kaya, ia wujud di atas manfaat perdagangan dan kebanyakan pedagang di sini adalah orang-orang Islam.

Di situ terdapat orang-orang Gujerat,Tamil dan Bengali daripada India, berniaga dengan orang Melayu, Cina dan Arab secara harmonis. Bandaraya dengan jumlah penduduk 100,000 orang dan bertutur dalam 84 bahasa. Di situ terdapat Sultan yang memerintah telah memastikan keselamatan Selat Melaka daripada lanun, dan barang-barangan dapat disimpan dalam ratusan gudang-gudang dengan selamat. Jika ada sebarang pertelingkahan, undang-undang yang berwibawa dilaksanakan ke atas orang tempatan dan orang asing seadilnya (menggunakan Kanun Melaka yang mempunyai 44 fasal yang semua itu dalam tulisan jawi).

Melalui Melaka, mereka mampu untuk berdagang di pelbagai tempat. Dan tanpa Melaka, mereka tidak boleh membekalkan rempah-rempah, ubat-ubatan dan kekayaan dalam kualiti dan kuantiti yang banyak ke bumi Kaherah, Iskandariah dan Venice (bermaksud hentikan perdagangan Islam di Melaka, supaya barang-barang Islam ini tidak sampai ke Venice melalui Osmaniah, hentikan). Kota ini merupakan kota perdagangan yang mengalir ke Calicut sebelum kita tawan. Dengan mengusir orang-orang Islam keluar dari Melaka, api umat Islam akan dipadamkan dan kepercayaan mereka tidak akan tersebar lebih jauh lagi dengan sendirinya. (bermaksud matinya Melaka, mereka ambil, Islam juga mati).

Di semua tempat lain yang kita singgah, tidak ada petunjuk kota-kota lain yang ada rempah sehebat ini. Ini adalah komoditi utama yang mana dengannya umat Islam menjalankan perniagaaan, dan jika kita mengambil perdagangan ini daripada mereka, maka tidak perlu lagi menggunakan cara-cara lain untuk menanggung perbelanjaan armada kita. (maknaya betapa pentingnya Melaka seperti segala-galanya, ambil Melaka bisnes seluruh umat Islam mati, ambil Melaka seluruh kekayaan berpindah kepada mereka, ambil Melaka Islam tidak tersebar.).

Walau bagaimanapun ia sangat penting untuk kita memiliki armada dilaut secara berterusan bagi menghalang orang-orang Islam dari membawa kekayaan-kekayaan ke Mekah sebagaimana mereka membawa ke Melaka. (maksudnya pada masa itu sudah ada perancangan kerjaaan Islam Osmaniah untuk membawa perniagaan Melaka di bawa ke Mekah, bila di bawa ke Mekah apa terjadi? Barang-barang Mekah dan Melaka akan tersebar satu dunia, jaringan Islam pada masa itu akan jadi tidak boleh diganggu gugat lagi.). Kamu semua menyedari bahawa, lapan (8) buah kapal orang Islam Melaka yang telah kita tawan, boleh menampung kargo lebih daripada 20 buah kapal galleon yang kita miliki (bermaksud 8 buah kapal Melaka punya besar bersamaan dengan 25 buah kapal galleon).

Berapa banyak lagi yang boleh dibawa melalui semua kapal-kapal Melaka, yang mana setiap hari meninggalkan Pelabuhan ini, disamping kapal-kapal yang dimiliki oleh pedagang-pedagang asing. Dari sini, lada-lada lebih banyak diambil ke timur tengah, berbanding dari Calicut. Dengan hanya setengah pusingan kunci, laluan ini ditutup, maka raja penguasa kita, kita akan menguasai bagi seluruh perdagangan ini. Ayuh lawan sampai menang di Melaka. Sesiapa menguasai rempah, mereka menguasai dunia", kata-kata semangat Alfonso De Albuquerque di hari ke 16 peperangan ke atas Melaka ketika mereka hampir kalah.
BAB 1: SEJARAH PASTI BERULANG

Sejarah pasti berulang, satu masa nanti Melayu akan bangkit seperti mana dahulunya apabila pemuda-pemuda Melayu faham sejarah kegemilangan mereka.

Pada abad ke 13 dan ke 14, sesiapa yang menguasai rempah, mereka menguasai ekonomi dunia. Nisbah yang sama seperti pada hari ini, sesiapa yang mempunyai minyak, mereka menguasai ekonomi dunia. Selain dari penyedap makanan, kepentingan rempah yang utama ialah sebagai bahan pengawet dan perubatan. Dan itulah yang terjadi kepada Melaka. Sehingga kerajaan Ryukyu, Jepun memohon atau merayu kepada kerajaan Melaka untuk berdagang di Melaka. Tiga (3) kali permohonan mereka tidak dilayan oleh Sultan Melaka, tetapi akhirnya Sultan Melaka menerimanya. Ini bermakna Jepun memerlukan Melaka bukan sebaliknya pada hari ini, Malaysia memerlukan Jepun. Apa sebabnya? Kerana waktu itu, Islam dan Melaka adalah kuasa ekonomi. Tetapi diplomatik Melaka iaitu diplomatik orang Melayu tersangatlah tinggi sifatnya telah menghantar Hang Tuah ke Ryukyu, sehingga dibuktikan dengan penemuan keris 9 lok di sana. Keris 9 lok melambangkan hubungan kerajaan kepada kerajaan lain (G2G). Simon Elegany menulis di dalam Far Eastern Economic Review pada tahun 1999, mengatakan mengenai kedudukan Melaka. Katanya, "Lima kurun dahulu, Melaka dikunjungi 2,000 buah kapal sehari, dan sesibuk Pelabuhan Singapura pada masa moden kini. Menjadikan Melaka itu salah satu dari 3 pelabuhan yang tersibuk didunia.

..seperti yang dicatat oleh Simon Elegant menulis dalam Far Eastern Economic Review, June 10, 1999: 45, berdasarkan tulisan A. Cortesao (ed.) 1967. SumaOrientalis of Tome Pires: “Five centuries ago, Malacca hosted 2,000 ships each day, as busy as modern day Singapore. Cargoes of mace (kulit buah pala), nutmeg (buah pala), cloves (bunga cengkih) , sandalwood (kayu cendana), tea, porcelains and silks passed through Malacca on their way to Europe. From the islands of the Archipelago to the south came camphor, birds’ nests, pepper (lada hitam), musk (kesturi), gold and ivory (gading). And from the West, mostly carried by traders from South Asia and the Middle East, came cotton, weapons, incense (setanggi), opium (candu), dyes, silver and medicinal drugs. It was a place where Gujratis, Tamils and Bengalis from India lived and traded in secure harmony with Malays, Chinese and Arabs, a city of 100,000 where 84 languages could be heard in the Markets. The Malay sultans who ruled Malacca ensured that the strait was free of pirates. Goods could be stored safely in hundreds of well-guarded godowns, the city’s law were administered fairly to both Malaccans and foreigners”.

Ketika didalam masa peperangan dengan Portugis, Sultan Melaka telah mengarahkan kepada Hang Tuah untuk pergi ke Rome, untuk membeli senjata seperti meriam dan sebagainya. Siapakah Rome yang dimaksudkan. Sebenarnya Rome yang dirujuk pada waktu itu tidak lain ialah Constantinople, iaitu kerajaan Sultan Muhammad Al-Fatih Turki. Kerana pusat pentadbiran Islam pada waktu itu dikenali sebagai kerajaan Islam Rome. (Pada pandangan penulis, kerajaan Islam Seljuk juga dirujuk sebagai Kesultanan Rome).

Alkisah maka tersebutlah perkataan Raja Melaka hendak mengutus ke Benua Rum. Sekali persetua pada suatu hari baginda semayam dihadap bendahara dan laksamana dengan segala pegawai sekalian. Maka titah baginda, "Hai Bandahara dan Laksamana, apa bicara kita, kerana kita hendak mengutus ke Benua Rum hendak beli bedil meriam itu ..."

Apabila kerajaan Islam Melayu Melaka tumbang, Emplayar Osmaniah telah terputus bekalan, sehingga Empayar Islam ini tidak menjadi kuasa perdagangan Eropah yang hebat, kerana punca barang-barang di Melaka telah diambil oleh Portugis. Ini bermakna peperangan Portugis ke atas Melaka, bukanlah semata-mata peperangan kecil, tetapi merupakan kesinambungan peperangan salib yang telah dirancang dengan teliti. Perancangan untuk memutuskan rangkaian perniagaan orang-orang Islam dan ekonomi umat Islam. Kerana Islam hanya akan naik dengan kehebatan ekonomi dan akidah.

Tahukah kita bahawa kedatangan Alfonso De Albuquerque ialah kali kedua setelah kali pertama mereka telah kalah dengan tentera Melayu yang hebat itu? 20 biji kapal perang telah terbakar dalam pertempuran yang pertama yang menyebabkan Alfonso sangat sakit hati dengan Kerajaan Islam Melayu Melaka. Alfonso telah meminta bantuan tambahan dari Ratu Sepanyol pada ketika itu untuk datang kali kedua menyerang Melaka. Zaman Francis Xavier pernah memasuki Melaka. Francis Xavier seorang paderi agong yang sangat hebat telah memakai simbol lambang salib yang besar cuba memasuki Kota Melaka. Tujuannya ialah untuk kononnya untuk berbuat baik dengan penduduk tempatan dan Sultan Melaka. Tetapi alangkah malu dan terkejutnya beliau apabila Sultan Melaka pada ketika itu mengarahkan sekiranya ingin memasuki Melaka maka perlu dibuang salib yang ada denganya. Ini menunjukkan betapa kuat dah gagahnya Islam orang Melayu ketika itu. Disebabkan terlalu geram dan tegang perasaan Francis Xavier dia mencampakkan salib yang dipakainya ke dalam laut. Sekiranya Melaka itu tidak penting sudah pasti Francis Xavier akan memakai salibnya dan balik ke negara asalnya. Kerana pada zaman itu Melaka adalah negeri yang perlu dimasukki dan terlalu masyhur.

Ada beberapa perkara yang menarik mengenai gambar di atas ini. Cuba lihat, Melaka pada masa itu adalah kota yang hebat. Lihatlah sahaja Masjidnya yang diperbuat daripada binaan seperti pada hari ini zaman moden. Dan kota ini gerbangnya dibuat daripada batu. Pahlawan Melaka berserban dan terlalu ramai seperti peperangan Islam yang dahsyat.

Cuba baca, macam mana pengkhianatan dalam orang Melayu Jawa dan macam mana besarnya kapal-kapal orang melayu mengikut sejarah yang ditulis di atas.

Di dalam buku pengembaraan yang ditulis oleh orang Portugis yang bernama Ludovico Di Varthema di dalam bukunya The Travel of Ludovico Di Varthema in Egypt, Syria, Arabia Deserta and Arabia Felix, in Parsia, India and Ethopia (1503 Masihi sehingga 1508 Masihi) semasa melawat Melaka mengatakan:

Kalau kita baca dalam pengalaman beliau (1503 Masihi sehingga 1508 Masihi), mereka takut dengan kita sebab kita beragama Islam (mereka kata orang Moor) dan dapat dibayang betapa hebatnya Pelabuhan Melaka dan hebatnya pakaian orang-orang Melayu. Dan mereka sangat takut sebab Melaka mengamalkan hukum Islam dan tidak suka dengan Mubaligh Kristian dan itu sebab mereka bimbang. Perasaan ini sudah pasti ada kerana pada waktu ini ialah Peperang Salib antara Portugis dan Negara Islam yang lain.

Comments

Popular posts from this blog

Ilmu Lipat Bumi

SIRI SEJARAH 4: GOLD, GLORY AND GOSPEL

MALAYSIA MASA DEPAN