Nota Penting Tentang Hari Kiamat
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ini adalah catatan penting tentang bilakah berlaku hari kiamat. Tiada seorang makhluk mengetahui bila tarikh sebenar hari kiamat kerana ia hanya di dalam pengetahuan Allah s.w.t. Namun ada tanda-tanda yang telah disebutkan di dalam Al-Quran dan Hadis-hadis nabi s.a.w. Kita sebenarnya umat akhir zaman yang di dalamnya terdapat peristiwa-peristiwa penting yang telah berlaku dan akan berlaku insya Allah telah dan akan disaksikan oleh kita umat ini. Tanda kecil hampir semuanya telah terjadi dan tanda besar akan berlaku dalam sedikit masa lagi... 1. Yakjut dan Makjut. Hanya dua tempat di dalam al-Quran menceritakan tentang Yakjut Makjut. 1948 Yahudi telah menguasai Jerusalem dan menubuhkan kerajaan haram Israel dengan bantuan Yakjut dan Makjut. Akan terdapat 3 generasi Yakjut dan Makjut yang mengeringkan tasik Taberiah. Kebiasaan manusia hidup selama 70 tahun untuk mencapai 3 generasi (generasi cucu). Jika bermula tahun 1948 dicam...