Posts

Showing posts from 2016

Lawak Kebun Pisang Atas Angin

Image
Cerita dari blog Kadir Jasin... Lawak dan mudah faham .... 1. Ada seorang saudagar minyak unta yang kononnya sangat pandai berniaga. Kalau dia jual batu yang dikutip tepi jalan pun laku. Dulu ada banyak peniaga macam ini di pekan-pekan sehari. Orang putih gelar wheeler dealer atau snake oil salesman. Lebih kurang macam penaja skim cepat kaya Pak Man Telo dan labu peram. Dia Cina. Nama dia Joe Hai. 2. Mula-mula dia pergi ke sebuah kampung nama Kampung Terang. Dia pujuk ketua kampung kongsi tanam pisang. Mereka pun tubuh syarikat Tanaman Istimewa Antarabangsa. Singkatannya TIA. 3. Punyalah hebat putar belit si Joe Hai ini dengan modal hanya RM1 dia boleh pinjam RM5,000 dari bank dalam dan luar negara. Ertinya dia pinjam lima ribu kali ganda daripada modal. 4. Tak pernah jadi dalam dunia di mana beza di antara modal dengan hutang 5,000 kali ganda. Selalunya bank bagi pinjam 50 peratus daripada modal saja. Itu pun dah dikira tinggi dan bahaya. Pernah kah kita denga...