SIRI SEJARAH 4: GOLD, GLORY AND GOSPEL
Mitos salah mengatakan kalau tidak ada Cina mana kita boleh hidup? Bacalah sejarah. Tetapi sayangnya, sejarah kita ditulis oleh Orientalis yang menginginkan kita mempercayainya. Kita perlu kaji sendiri.
Cuba kita lihat, hari ini pada tahun 2021 ini, kita hanya merdeka sejak tahun 1957 iaitu selama 64 tahun, bagaimana kita, orang-orang Melayu berkembang dari kemunduran kepada apa yang kita mula kecapi pada waktu ini dalam masa kurang dari 100 tahun. Berbanding dengan penjajah telah menjajah orang Melayu selama empat ratus, empat puluh empat tahun (444). Terlalu lama kita di bawah telunjuk penjajah, sehingga pemikiran dan sejarah kita telah diselewengkan, sehingga memaksa kita memikirkan kelemahan bangsa Melayu ini. Sering kali kita didengarkan dengan kata Melayu itu lemah, Melayu itu mudah lupa, dan sebagainya. Adakah benar begitu? Bermula daripada Portugis datang menjajah kita selama 150 tahun sejak tahun 1511, kemudian diikuti dengan Belanda selama 180 tahun dan British selama 114 tahun. Apa yang mereka perjuangkan di dalam penjajahan itu ada 3 perkara. Iaitu Gold, Glory dan Gospel. Selama 444 tahun menjajah, mereka hanya berjaya dua (2) perkara iaitu Glory dan Gold sahaja. Mereka tidak berjaya memurtadkan orang-orang Melayu. Mereka berjaya mendapatkan kekuasaan (Glory) dengan meruntuhkan Kerajaan Islam Melayu Melaka dengan ditukarkan kepada Kerajaan Kristian Portugis (ini boleh dirujuk melalui pembacaan semasa kerajaan dan undang-undang Portugis, yang meletakkan hirarki pemerintahan mereka setelah Residen dan Hakim ialah Ketua Paderi Besar Melaka). Ini menunjukkan Gospel (Kristian) itu menjadi matlamat dakwah mereka.
Jika kita kaji, orang Melayu dahulu bertukar agama daripada Hindu, Buddha dan kemudian akhirnya bertukar kepada agama Islam. Mengapa orang-orang Melayu senang untuk menerima Islam? Dan kita bertanya sekali lagi mengapa orang-orang Melayu tidak mudah meninggalkan Islam untuk memeluk Kristian. Perjalanan kerajaan Melayu ini, sebenarnya sangat panjang dan Insya Allah sekiranya diizinkan akan diulas di bab-bab akan datang. Sebelum terdirinya atau wujudnya Kerajaan Islam Melayu Melaka, terdapat apa yang dinamakan sebagai Kerajaan Kedah Tua. Kerajaan Kedah Tua adalah se-zaman dengan kerajaan yang berada di Timur Tengah, iaitu kerajaan Al-Ayubiah. Kerajaan Al-Ayubiah yang berada di Mesir ini, diperintah oleh Sultan Salehuddin Al-Ayubi yang menjadi hero kepada orang-orang Islam dalam pembukaan kota Baitulmuqaddis, di Palestin.
Ramai orang ketahui tentang kejayaan Sultan Salehuddin Al-Ayubi ini berjaya menawan dan membuka kota Baitulmuqaddis, tetapi ramai yang tidak mengetahui bagaimana kejayaan ini boleh dicapai. Seorang penulis bernama Dr Hasanuddin Yusof, seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, telah menulis di dalam bukunya yang bertajuk Miftah Melayu, dia mengatakan Bangsa Melayu bukan sahaja dianggap sebagai satu bangsa sahaja, bahkan perlu ditulis sebagai Tamadun Melayu. Melayu terdapat banyak bangsa yang berkumpul yang menggunakan istilah Melayu, antaranya Bangsa Banjar, Bangsa Bugis termasuk satu bangsa yang kita ingat ia bukanlah satu bangsa iaitu Bangsa Kerinci. Bangsa Kerinci juga adalah Bangsa Melayu. Semasa Kerajaan Kedah Tua, orang-orang melayu belum lagi beragama Islam. Pada masa Sultan Salehuddin ingin mencari satu dana, untuk menyokong perjuangannya untuk menakluk Baitulmuqaddis, maka dihantar pelayar-pelayar Islam untuk mencari bahan bagi digunakan sebagai sumber dan tujuan perniagaaan. Kita perlu ingat, pada masa itu, barang atau bahan yang paling di kehendaki dan sangat berharga ialah rempah. Rempah yang dimaksudkan ialah seluruh hasil daripada rempah yang boleh digunakan untuk mengawet makanan (tiada sistem alat beku pada waktu ini) dan dijadikan sebagai bahan-bahan rawatan dan ubat-ubatan (ubatan dahulu menggunakan alam semulajadi sehinggalah mereka tukar kepada kaedah sentetik) , selain daripada tujuan menyedapkan makanan. Secara ringkas boleh dikatakan pada waktu itu, sesiapa yang menguasai pasaran rempah, mereka menguasai ekonomi dunia. Berbanding pada waktu ini, sesiapa menguasai pasaran teknologi, mereka menguasai ekonomi dunia, setelah sebelumnya sesiapa yang menguasai minyak mereka menguasai ekonomi dunia. Elemen ekonomi ini berubah mengikut waktu dan keperluan pada waktu tersebut. Harga rempah melambung berlipat kali ganda disebabkan pengangkutan mengambil masa yang terlalu lama untuk tiba di pasaran Eropah dan melalui beberapa lapisan perantara. Orang-orang Eropah sangat berasa iri hati terhadap pedagang-pedagang Islam yang memonopoli perdagangan rempah yang berpusat di Venice sejak zaman Rome. Jadi, Sultan Salehudin meminta pedagang-pedagang Islam datang mencari tempat yang menjadi pusat perdagangan rempah ini. Tahukah di mana letaknya tempat pusat perniagaan tersebut? Perlu diingat waktu itu, orang yang banyak berdagang di Semenanjung Tanah Melayu pada waktu ini, ialah orang-orang Melayu. Jadi ternyata, orang-orang Melayu ialah pedagang dan peniaga yang mahir dan berjaya. Dan Orang Melayu pada waktu tersebut terkenal sebagai pedagang-pedagang dunia (sebelum mereka menganut Islam lagi).
Seorang penulis barat yang bernama Kavin Reiley, pernah menulis dengan mengatakan orang yang paling kuat berdagang menjadi orang yang mula-mula berdagang pada waktu tersebut ialah orang-orang Melayu. Kajiannya ini dibuktikan melalui kajian yang dibuat oleh Linda Shaffer yang membuat kajian mengenai maritim di nusantara. Didapati zaman itu kapal yang paling banyak keluar adalah kapal yang daripada kawasan Nusantara ini. Kalau kita fikirkan secara lojik, perkara ini mudah berlaku kerana kawasan kita dipenuhi dengan hutan belantara yang tebal serta berbukit bukau. Pengangkutan melalui jalan darat sangat terhad disebabkan keadaan hutan yang tebal dan berlapis-lapis. Jadi cara pengangkutan yang terbaik pada waktu itu ialah melalui jalan air. Cuba sahaja kita lihat pada masa ini di Sarawak. Pengangkutan antara Kedah dan Johor pada waktu itu sudah pasti melalui Kapal Laut. Tidak seperti di negara arab, mereka menggunakan unta dan kuda. Mereka bukan masyarakat yang duduk di tepi laut seperti kita. Apa perbezaan perjalanan melalui laut berbanding dengan perjalanan melalui daratan? Perjalanan menggunakan pengangkutan darat seperti unta dan kuda, perjalanannya tidaklah panjang dan jauh seperti perjalanan melalui jalan laut dengan menggunakan kapal seperti orang-orang Melayu.
Tamadun orang-orang Melayu jauh lebih tinggi daripada apa yang kita sangkakan (bab lain akan penulis kupas mengenai Tamadun Melayu yang berasal dari Tamadun Atlantis). Penulis-penulis barat seperti Linda Shaffer dan Kevin Reiley telah membuktikan bahawa pedagang-pedagang Melayu pernah sampai dan berniaga di benua Afrika pada waktu tersebut. Padahal orang-orang Afrika (seperti Mesir) pada masa tersebut belum mempunyai ilmu untuk membual kapal laut lagi. Seorang penulis arab bernama Al-Idrisi mengatakan sepanjang catatan dia, orang-orang Melayu telah berlayar satu dunia dan pernah menemui kapal-kapal ini di kawasan-kawasan perniagaaan tatkala orang-orang lain belum berani berlayar satu dunia (mengikut pendapat penulis orang melayulah orang yang pertama mengelilingi dunia yang bernama Panglima Awang akan dikupas Insya Allah di bab akan datang). Inilah punca utama mengapa orang-orang Melayu mudah untuk menerima Islam sebagai agama mereka. Mengapa penulis mengatakan demikian? Menyeleweng sekali dari sejarah yang ditulis oleh orientalis barat yang mengatakan orang-orang Melayu menganut Islam disebabkan Parameswara di dalam buku teks. Pedagang-pedagang Melayu ini telah pun berinteraksi melalui perniagaan dengan orang-orang arab dan orang-orang Islam sejak sekian lama. Mereka belajar dan memahami Islam menerusi percampuran dan perbincangan semasa urusan perniagaan dilakukan di merata tempat. Tambahan lagi orang-orang Islam yang diajar oleh Nabi S.A.W terdiri daripada bangsa peniaga seperti orang-orang Quraish dan Yaman yang merupakan masyarakat pedagang. Mereka telah berhubung lama dengan dunia Nusantara sebelum daripada orang-orang Melayu memeluk agama Islam. Dan orang yang paling banyak berinteraksi dengan bangsa Melayu daripada pedagang Arab ini ialah dari orang-orang Yaman. Satu lagi yang perlu kita tahu Yaman juga merupakan kawasan yang lambat dari segi sejarah menganut Islam tatkala orang-orang di Hijaz dan utaranya telah memeluk Islam.
Perhubungan awal antara pedagang Melayu dan Yaman sejak sekian lama membolehkan saling mempercayai dan akrabnya mereka sangat memudahkan orang-orang Melayu untuk menerima Islam setelah orang-orang Yaman ini menerima Islam. Perlahan-perlahan orang-orang Melayu mula menganut Islam hasil daripada interaksi dengan kawan-kawan akrab mereka di dunia perniagaaan dengen pedagang-pedagang Yaman ini. Ini yang sebenarnya terjadi bukan seperti diceritakan di dalam kebanyakan buku-buku teks sejarah di sekolah yang telah banyak menyeleweng. Jadi Islamnya orang-orang Melayu sejak awal lagi seawal zaman sahabat-sahabat Nabi S.A.W lagi. Itu yang berlaku di Kedah Tua, pedagang-pedagang bukan hanya berdagang tetapi mereka adalah pendakwah yang membawa agama Islam. Ketika Salehuddin Al-Ayubi meminta pedagang-pedagang mencari kawasan perniagaan yang dikatakan itu maka kawasan Semenanjung Tanah Melayulah tempatnya perdagangan rempah yang paling masyhur yang ditemui untuk membantu menjanakan pendapatan yang lumayan untuk expedisi penaklukan Baitulmuqaddis tersebut. Nusantara menjadi pusat perniagaan yang paling mashyur yang menjadikan semua pedagang ingin datang dan berniaga di kawasan ini. Hasil dari perniagaan inilah yang membantu dana yang diperlukan untuk Salehuddin Al-Ayubi menang di dalam peperangan untuk menakluk Baitulmuqaddis. Ekonomi itu dibantu oleh Kerajaan Nusantara dan dibantu oleh Kerajaan Kedah pada masa tersebut. Mungkin juga terdapat bantuan G2G yang belum ditemukan buktinya.
MJ Pintaro telah menyimpan dokumen mengenai peperangan di Melaka ketika itu. Dokumen itu mengatakan ketika hari ke-16 bila mana Portugis hampir kalah dengen tentera Melaka telah memberi kata semangat kepada panglima-panglimanya dengen mengatakan "Kamu sedang berada di wilayah yang paling kaya didunia ini yang dimiliki oleh orang-orang Islam" bermaksud pedagang-pedagang di sini adalah orang-orang Islam yang kaya. Sultan Mansur Shah pernah menerima surat daripada Sultan Muhammad Al-Fatih pada tahun 1451 untuk hubungan perdagangan pada ketika zaman kegemilangan perniagaan di Melaka. Ketika Sultan Muhammad Al-Fatih membuka kota Konstatinopel di Rome (sekarang ialah Istanbul di Turki), beliau telah membuka perdagangan sehingga ke Venice, Iskandariah dan Eropah, perdagangan rempah ratus yang bersumberkan dari daerah Nusantara inilah yang menjadi keperluan utama dalam ekonomi ketika itu. Samalah kepentingan rempah ini seperti minyak pada hari ini. Melaka merupakan pembekal utama di zaman Osmaniah yang membekalkan rempah ratus untuk perdagangan antara bangsa ketika itu. Perhubungan ini telah lama terjalin.
Seorang penulis dari Turki bernama Zafir Oz Khan, menulis, Sultan Muhamad Al-Fatih bukan sekadar berhubung dengan Sultan Mansur Shah, tetapi adalah untuk mengukuhkan lagi hubungan perdagangan yang telah terjalin supaya Melaka tetap membekalkan rempah ratus kepada Empayar Osmaniah, sehingga dihantar anak Sultan Muhammad Al-Fatih untuk berkahwin dengan anak Sultan Mansur Shah yang bernama Sultan Alaudin Riwayat Shah. Ini bermakna salah satu isteri Sultan Alaudin Riwayat Shah adalah anak kepada Sultan Muhamad Al-Fatih. Yang menariknya dengan ketertiban Sultan Manshur Shah dengan nilai-nilai Islam yang zuhud, telah membahasanya dirinya sebagai Mansur Pasha ketika membalas surat Sultan Muhamad Al-Fatih kerana pada waktu itu Islam mempunyai seorang khalifah iaitu Sultan Muhammad Al-Fatih dan Sultan Mansur Shah sebagai Pasha (gelaran yang diberi sebagai status Menteri untuk kerajaan Osmaniah) kepada Sistem Khalifah Umat Islam, Empayar Osmaniah. Ini menunjukkan walaupun kehebatan Kerajaan Islam Melayu Melaka ketika itu, tetapi sebahagian tanda taat setia Sultan Manshur Shah yang patuh kepada wilayah kerajaan Islam yang satu iaitu Empayar Osmaniah.
Betapa pesatnya perdagangan Melaka ketika itu dan berapa ramai yang telah datang ke Melaka boleh dibayangkan sehingga dikatakan terdapat 84 bahasa pertuturan digunakan semasa berdagang di Melaka. Bermakna segala bangsa ada di Melaka ketika itu yang menyerlahkan antara 3 pelabuhan paling sibuk di dunia dan terkaya. Walaupun banyak versi asal usul perkataan Melaka, yang lebih logik pada pemikiran penulis perkataan Melaka itu adalah dari perkataan Arab "Malakat" yang bermaksud ada semua benda di situ (merujuk kepesatan perdagangan terkaya didunia). Perkataan Arab "Malaki" bermaksud kaya-raya, banyak benda semuanya berada disitu. Betapa HEBATNYA BANGSA MELAYU. Jika dikaji lagi Portugis baru hendak naik tetapi Islam telah lama masyhur dan kaya-raya. Mustahil sekaya itu kerajaan Melaka hanya bersenjatakan keris dan tombak untuk melawan Portugis.
Perlu untuk kita tahu disini, kedatangan Portugis bukanlah satu kebetulan tetapi merupakan perancangan yang teliti dan kajian yang mendalam. Tujuan mereka ialah untuk menang di dalam Peperangan Salib antara orang Kristian dan orang Islam. Mereka mengkaji kelemahan orang-orang Islam dan kekuatan mereka. Mereka sangat mengeruni kerajaan Sultan Muhammad Al-Fatih ketika itu. Setelah dikaji macam mana kekuatan ekonomi umat Islam itu berpunca di mana? Rupanya mereka dapati disinilah punca kekayaan sebenar umat Islam. Pedagangan paling maju dimuka bumi pada waktu itu. Ditambah dengan banyaknya emas yang didapati di Istana Melaka. Sangat kaya. Sehingga Alfonso mengatakan "Inilah wilayah yang terkaya yang perlu ditakluki". Dengan menguasai Melaka terputuslah kekayaan orang Islam dan terhentilah barang ini dan tidak sampai ke Mekah. Kerana sekiranya barang ini sampai ke Mekah sampailah di seluruh dunia maka kehebatan Islam tidak boleh dihentikan lagi.

Comments
Post a Comment