Melayu

Bangsa di raja. Itulah ungkapan yang terungkap kali pertama bila saya melihat gambaran sepenuhnya tentang apa yang berlaku sejak dulu hingga kini. Ungkapan itu terhasil bila saya membuat kajian mengenai ‘asalnya Melayu’. Pada mulanya, saya tidak berminat mengenai sejarah lebih-lebih lagi kalau melibatkan sejarah tempatan atau asia tenggara. Ia langsung tidak terlintas untuk saya mengetahui mengenai sejarah sendiri. Apa yang saya suka ialah sejarah mesir kuno, Babylon dan seumpamanya. Selain itu, saya juga suka dengan sejarah-sejarah eropah. Lantas saya berfikir, kenapa perlu saya menyukai sejarah negara dan bangsa orang lain? Pada mulanya, saya ingatkan saya seorang yang mempunyai tabiat begitu, tapi rupanya ramai rakan saya yang berminat pada skop sejarah yang sama. Sejarah orang di kaji, sejarah sendiri di biar pergi. Mungkin agak awal untuk saya mengeluarkan teori perihal bangsa ‘Melayu’ ini, tapi sedikit sebanyak, karya ini adalah sebagai ‘pit stop’ untuk saya mendedahkan apa yang terbuku di fikiran saya. Di samping itu juga, di harap karya ini akan menyedarkan ‘melayu’ yang sebenarnya sedang tidur nyeyak sedangkan musuh-musuh sedang mencucuk luka.
Bukan senang untuk mengeluarkan teori ‘Bangsa Diraja’ ini. Ia terhasil selepas beberapa teori-teori saya yang lain seperti ‘returning to motherland’ dan ‘bangsa jurai kenabian’. Saya tidak pasti bukti yang saya ada atau bahan baca saya sudah cukup atau belum untuk membuktikan teori terbaru saya ini.
Walaubagaimanapun, manusia tetap manusia. Walaupun di beri bukti sebesar gunung sekalipun, mereka tetap meragui dan mahukan bukti seterusnya. Manusia nafsunya tidak puas dan meragui apa yang tidak sealiran dengan mereka. Hanya dengan ‘open-minded’, ‘bersederhana’ dan bersifat ‘universal’, barulah kita dapat menerima pelbagai teori dan menyerap masuk dalam idealogi kita sendiri.
Jadi, karya ini mungkin dapat membantu kita semua dalam mengenali bangsa yang kompleks serta misteri ini. Inilah kajian saya dan inilah luahan hati saya. Jangan bimbang, saya tidak mahu mengumpul pengikut atau musuh mahupun harta kekayaan. Saya lakukan kerana saya ‘dipaksa’ oleh diri sendiri. Jika tidak berkongsi, saya berasa ‘sengsara’. Jadi, dengan berkongsi, mereka yang mempercayai dan berfikir serta mengambil langkah seterusnya itulah ‘syurga kesenangan’ saya. Moga kita dapat mereka-cipta dunia yang lebih baik dengan keizinanNYA.

Comments

Popular posts from this blog

Ilmu Lipat Bumi

SIRI SEJARAH 4: GOLD, GLORY AND GOSPEL

MALAYSIA MASA DEPAN