Atlantis Tamadun Yang Hilang

Sebuah buku yang bertajuk "Atlantis The Lost Continents Finally Found" telah dikarang oleh Professor Arysio Nunes Dos Santos, yang berasal daripada Brazil merupakan seorang pakar di bidang Nuclear. Dia mengatakan lokasi Atlantis itu pada masa ini ialah di Nusantara. Atlantis telah disebutkan oleh Plato, seorang ahli falsafah Yunani dikatakan mempunyai peradaban yang sangat tinggi dengan alamnya yang sangat kaya, yang kemudiannya telah ditenggelamkan ke dasar laut akibat bencana banjir besar dan gempa bumi.

Plato mengatakan bahawa Atlantis adalah sebuah wilayah makmur dengan emas,batuan mulia, dan "mother of all civilization" dengan kerajaan berukuran sebuah benua yang menguasai pelayaran, perdagangan, ilmu yang berkaitan dengan bahan (ilmu metalurgi), memiliki pengairan yang hebat, kehidupan penuh kebudayaan dan kesenian, tarian, teater, muzik dan olahraga.

Comments

Popular posts from this blog

Ilmu Lipat Bumi

SIRI SEJARAH 4: GOLD, GLORY AND GOSPEL

MALAYSIA MASA DEPAN