Mitos salah mengatakan kalau tidak ada Cina mana kita boleh hidup? Bacalah sejarah. Tetapi sayangnya, sejarah kita ditulis oleh Orientalis yang menginginkan kita mempercayainya. Kita perlu kaji sendiri. Cuba kita lihat, hari ini pada tahun 2021 ini, kita hanya merdeka sejak tahun 1957 iaitu selama 64 tahun, bagaimana kita, orang-orang Melayu berkembang dari kemunduran kepada apa yang kita mula kecapi pada waktu ini dalam masa kurang dari 100 tahun. Berbanding dengan penjajah telah menjajah orang Melayu selama empat ratus, empat puluh empat tahun (444). Terlalu lama kita di bawah telunjuk penjajah, sehingga pemikiran dan sejarah kita telah diselewengkan, sehingga memaksa kita memikirkan kelemahan bangsa Melayu ini. Sering kali kita didengarkan dengan kata Melayu itu lemah, Melayu itu mudah lupa, dan sebagainya. Adakah benar begitu? Bermula daripada Portugis datang menjajah kita selama 150 tahun sejak tahun 1511, kemudian diikuti dengan Belanda selama 180 tahun dan British selama 114...
Comments
Post a Comment